Portal


Assalamualaikum.

Laman Sesawang / Website ini diwujudkan secara rasminya pada 01 haribulan Ogos 2012 setelah usul pengwujudannya dipersetujui dalam Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Persatuan Waris dan Keturunan Pengiran Bagauddin Malaysia Bilangan 02 pada 14 haribulan Julai 2012.
Ianya diwujudkan bagi memudahkan Ahli Keluarga Pengiran Bagauddin yang berada di Malaysia khasnya untuk mendapat berita terkini, sahih dan rasmi tentang perkembangan serta maklumat yang berkaitan dengan Keluarga Pengiran Bagauddin.
Dianggarkan sejumlah 6000 orang ahli keluarga yang mempunyai pertalian darah di Malaysia akan mendapat manfaat Insya-Allah.
Rekaan portal ini mudah dan “simple” serta user friendly supaya ringan untuk di “upload” dan di “access” oleh anda semua.
Mengambil kira faktor mesra pengguna, segala maklumat berada di hujung jari anda.

Ambillah masa mengenali kami.
Terima kasih kerana melayari portal ini dan kami mengalu-alukan kedatangan anda semua baik dari yang jauh mahupun dekat.

Assalamualaikum Warahmatullah Hi Wabarakutuh – Nizam Aziz, Setiausaha Persatuan Waris & Keturunan Pengiran Bagauddin Malaysia.

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Hostgator Discount Code