PENGASAS SALASILAH KETURUNAN.




HAJI OTHMAN BIN KASSIM (PLP, PIS).

  • Dilahirkan pada tahun 1916 di Kampong Mengkasar, Pekan Pahang.
  • Beliau mendapat pendidikan awal di Pekan Pahang sebelum melanjutkan pelajaran di Johor Bahru.
  • Bertugas sebagai seorang Guru Agama, di Daerah Johor Bahru, Mersing dan menjawat Guru Pasukan di Pejabat Agama Daerah Mersing sebelum bersara pada tahun 1971.
  • Semasa bertugas di Sekolah Agama Bukit Zaharah, Johor Bahru, beliau pernah menjadi Guru kepada Almarhum DYMM Sultan Mahmood Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail.
  • Beliau melangsungkan perkahwinan dengan Saadiah dan dikurniakan 4 orang anak. Selepas Saadiah meninggal dunia, Haji Othman telah berkahwin pula dengan Zainah bte Hj.Mahmood dan dikurniakan 11 orang anak.
  • Pada tahun 1971 beliau bersama isteri Zainah bte Haji Mahmood telah berangkat menunaikan ibadat Haji. Semasa dalam pelayaran ke Tanah Suci Mekah beliau telah tinggal sebilik dengan Dato’Pehin Pengiran Jamil Sufri yang kini menjawat jawatan Pengarah Pusat Sejarah Brunei.
  • Merupakan salah seorang pengasas Surau Kg.Sri Lalang, Mersing yang sekarang ini dinaik taraf ke Masjid Kamapung Sri Lalang, Batu , Jalan Endau Mersing Johor.
  • Menjawat Jawatan Setiausaha Khairat Kematian Kampung Sri Lalang selama 20 tahun dan giat menjalankan kegiatan kemasyarakatan terutamanya Majlis Kenduri Kendara, Gotong Royong, Majlis Pertunangan dan sebagai ketua Rombongan & Wakil kepada pihak ibu bapa pengantin dan popular dengan pantunnya.
  • Haji Othman banyak membantu masyarakat setempat dan dari luar yang memerlukan bantuan, seperti mengadakan sembahyang hajat, air tolak bala semasa buka kuala, anak-anak sakit, anak hilang, suami tak balik, isteri lari, senggugut dan bermacam-macam hajat. Alhamdulillah, ramai yang di makbulkan Allah hajatnya. 
  • Dianugerahkan Pingat PLP & PIS diatas jasa beliau semasa berkhidmat dengan kerajaan Negeri Johor.
  • Dianugerahkan Tokoh Guru pada tahun 1986.
  • Falsafah hidup beliau ”Ibarat Pohon Kelapa, Semuanya Berguna Tiada Yang Terbuang.
  • Jasa beliau sangat besar terhadap Institusi Salasilah Keturunan. SALASILAH KETURUNAN telah diusahakan dan disusun oleh beliau dan telah disempurnakan pada 01 haribulan Januari 1959. Salasilah itu kini menjadi rujukan genarasi sekarang dan merupakan ”sebuah hadiah yang tidak ternilainya harganya”.  
  • Beliau telah kembali ke Rahmatullah pada hari Isnin 8 haribulan Julai tahun 1985 masihi, semoga Roh Allahyarham Tuan Hj.Othman Bin Kassim di cucuri rahmat dan tergolong dalam orang-orang yang beriman, Amin.
  • Marilah kita bersama-sama menyedahkan Suratul Fatihah kepada beliau, Al-Fatihah...

     
    Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Hostgator Discount Code